Monday, March 26, 2012

Nikmat Allah yang tak ternilai

Sakitnya buku lali sampai tak boleh nak berdiri. Bangun pagi pagi nak solat subuh, tiba tiba terasa ankle sebelah kanan rasa tak selesa.cuba untuk berdiri dan nak berjalan, tapi subhanallah sakitnya tak tertahan, nak menapakkan kaki pun tak sanggup. Try cuga untuk berjalan dengan bertongkatkan dinding untuk solat subuh. Selepas solat subuh, cuba urut urut sendiri dengan balsem cap kaki tiga, memang terasa ada bahagian yang bengkak. Lama juga berfikir penyebabnya kenapa tiba tiba sakit, padahal tak ada cedera, aktiviti lasak atau pun mungkin salah tidur ke, kaki ankle terlipat masa tidur. Mungkin juga akibat masalah gout arthritis, sebab sebelum ni pernah buat blood test dan uric acid tu memang tinggi melebihi paras normal. Ataupun ada yang tersalah makan sehingga menyebabkan ankle menjadi radang dan bengkak. Jadi makanlah ubat yang boleh mengurangkan sakit dan radang, guna krim anti inflamasi, semoga sakitnya berkurang. Begitulah nikmat yang Allah berikan, dan cuma memberikan dugaan yang sekelumit saja, dan membuatkan kita tak dapat berbuat apa apa yang kita inginkan. Nak berjalan selangkah pun tak dapat dan sangat sukar. Nak menggerakkan ankle kaki pun tak larat. Semoga dugaan yang sekecil ini dapat menyedarkan kita untuk bersyukur keatas nikmat yang diberikan olehnya tanpa kita sedari. Astagfirullah hal azim..

No comments:

Post a Comment