Friday, December 28, 2012

Di ambang 2013

Tanpa disedari kita telah berada diambang 2013 yang tidak lama lagi akan menjelma. Semoga 2012 yang telah kita lalui manjadi satu sejarah yg manis dan juga mengambil pengajaran dari apa jua pengalaman yang kita tempuhi. Yang lepas kita jadikan kenangan yg tak akan berulang lagi. Usia kita pun makin bertambah dan ini bermakna  umur kita semakin berkurang. Semoga Allah merahmati kita dan memberikan kesempatan dan dapat menggunakan sisa umur yang ada untuk menguruskan kehidupan ini yang menjadi bekalan untuk akhirat nanti.

Sunday, December 23, 2012

Assalamulaikum, pada pagi ini semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT. Kita telah melalui tahun baru Islam,dan seminggu lagi kita akan membuka lembaran baru tahun baru masehi.Yang lebih penting adalah bagaimana kita menghadapai cabaran idi abad millenium ini, bukan dari segi teknologi yang canggih, tapi dari segi keimanan bagaimana kita menguruskan persekitaran, pancaroba, gejala sosial, LCBT, media barat yang memutar belitkan fakta, umat islam yang sentiasa di tindas di tanahair sendiri. Semoga kita menanam azam yang tinggi untuk memperbaiki diri kita sendiri ketahap yang dapat membuat kita tidak hanyut dengan peredaran zaman yang serba canggih.

Wednesday, December 12, 2012

Sunday, December 2, 2012

Program berkahatan masa cuti sekolah. disini saya attach satu video smartklamp procedure secara live. untuk pengetahuan umum bagaimana proses tersebut dilakukan.Diharap video klip ini dapat bermanfaat untuk semua.

Monday, March 26, 2012

Nikmat Allah yang tak ternilai

Sakitnya buku lali sampai tak boleh nak berdiri. Bangun pagi pagi nak solat subuh, tiba tiba terasa ankle sebelah kanan rasa tak selesa.cuba untuk berdiri dan nak berjalan, tapi subhanallah sakitnya tak tertahan, nak menapakkan kaki pun tak sanggup. Try cuga untuk berjalan dengan bertongkatkan dinding untuk solat subuh. Selepas solat subuh, cuba urut urut sendiri dengan balsem cap kaki tiga, memang terasa ada bahagian yang bengkak. Lama juga berfikir penyebabnya kenapa tiba tiba sakit, padahal tak ada cedera, aktiviti lasak atau pun mungkin salah tidur ke, kaki ankle terlipat masa tidur. Mungkin juga akibat masalah gout arthritis, sebab sebelum ni pernah buat blood test dan uric acid tu memang tinggi melebihi paras normal. Ataupun ada yang tersalah makan sehingga menyebabkan ankle menjadi radang dan bengkak. Jadi makanlah ubat yang boleh mengurangkan sakit dan radang, guna krim anti inflamasi, semoga sakitnya berkurang. Begitulah nikmat yang Allah berikan, dan cuma memberikan dugaan yang sekelumit saja, dan membuatkan kita tak dapat berbuat apa apa yang kita inginkan. Nak berjalan selangkah pun tak dapat dan sangat sukar. Nak menggerakkan ankle kaki pun tak larat. Semoga dugaan yang sekecil ini dapat menyedarkan kita untuk bersyukur keatas nikmat yang diberikan olehnya tanpa kita sedari. Astagfirullah hal azim..