Thursday, December 17, 2009

Sempena cuti sekolah ini, poliklinik An-nisa Bandar putra Permai telah mengadakan kerjasama dengan 2 buah surau untuk aktiviti berkhatan beramai-ramai. Pada 21 November 2009 seramai 16 orang kanak-kanak telah mengikuti nprogram ini yang diadakan di Surau Al-Munir. Pihak Poliklinik telah memberikan perkhidmatan secara percuma kepada 4 orang kanak-kanak yang dikenalpasti termasuk yang kurang berkemampuan.
Pada 12 Disember pula telah diadakan program Berkhatan di Surau Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dimana terdapat 12 kanak-kanak yang menyertai. Program termasuklah masak secara bergotong royong, perarakan peserta, simbah dengan pam bomba. Apa yang sangat menarik semua peserta tidur bermalam di surau dan semua peserta dikehendaki membawa tilam dan bantal sendiri. Mereka ditemani bersama ibu bapa masing-masing.
Kaedah Berkahatan tersebut menggunakan kaedah Smart Klamp, dimana prosedur ini mudah dan cepat, tidak memerlukan jahitan, pendarahan yang minimal, penjagaan yang mudah dan kosmetik yang kemas.

Thursday, December 3, 2009

Selamat hari Raya Aidil Adha, Maaf zahir & Batin

Assalamualaikum?..
Selamat hari raya aidiladha, maaf zahir dan batin, daripada kami staff poliklinik an-Nisa Bandar putra Permai. Klinik telah ditutup selama 3 hari sempena menyambut hari raya korban pada tahun ni. Kepada adik-adik yang telah melakukan berkhatan di Surau Al-Munir semoga riang ria sentiasa kerana sudah pulih seperti sedia kala dan selamat memasuki alam dewasa.

Friday, October 23, 2009





CLINICAL INFORMATION SYSTEM

POLIKLINIK AN-NISA BANDAR PUTRA PERMAI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEPERTI, PERUBATAN AM, PERUBATAN KANAK-KANAK, ANTENATAL, PELALIAN IMUNISASI, MEDICAL CHEK-UP, PRE-MARITAL SCREENING,CIRCUMCISSION MENGGUNAKAN PERALATAN TERKINI(SMART KLAMP), USG DIGITAL SCAN, ECG, PROGRAM DIET, PEMERIKSAAN HAJI & VAKSIN.

POLIKLINIK INI JUGA MENGGUNAKAN SISTEM BERKOMPUTER ,CIS CLINICAL INFORMATION SYSTEM,UNTUK MENYIMPAN DATA-DATA PESAKIT, UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENDAFTARAN, MENYEMAK SEJARAH PENYAKIT YANG DAHULU, MENGENAL PASTI UBAT UBAT YANG DIGUNAKAN. SISTEM INI JUGA DIHARAPKAN DAPAT MEMUDAHKAN STAF FARMASI SEMASA MENYEDIAKAN UBAT UNTUK PESAKIT DAN KOS RAWATAN SERTA HARGA UBAT YANG STANDARD YANG TELAH DITETAPKAN. INI JUGA AKAN MEMUDAHKAN DALAN INVENTARI BARANG BARANG FARMASI DAN STOK UBAT YANG DIGUNAKAN.

Tuesday, October 20, 2009

pharingitis

Alhamdulillah, dah habis kan puasa enam di bulan syawal, tetapi kena demam pula, sore throat, rining nose, terpaksa lah ambil ubat, pcm, loratadin, lozenges, belum start lagi antibiotik. hari yang kedua tekak dah rasa ok, dan tak demam lagi. Hidung masih rasa sumbat dan kadang-kadang masih bersin-bersin. HARI ini alhamdulillah dah ok. Malam pergi solat di surau al-Munir dan dengar ceramah sekali. dalam pukul 8 lebh staff call ada pesakit tunggu kat klinik, so pergi klinik dan solat isyak di klinik je..Di luar sana pula kilat dan petir campur hujan lebat. Mungkin malam kalau kul 10 tak de pesakit nak tutup awal. ,

Wednesday, October 14, 2009


Hari ni baru try sistem CIS, clinic information system. Baru nak praktikal macammana nak menggunakan sistem supaya memudahkan pendaftaran pesakit, senarai harga ubat-ubatan, inventori barang barang, dan juga menjimatkan kertas. Kita juga menggunakan card reader untuk my kad untuk pendaftaran. jadi saya harap sistem ini akan dapat memberikan kemudahan kepada klinik dan pesakit dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. amin.,

Tuesday, October 13, 2009

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana sampai masa ini kita masih diberikan nikmat yang paling berharga, iaitu kesihatan. Hanya orang yang sakit saja yang dapat merasakan dan menyedari betapa berharganya erti sihat. Semasa kita sakit, kita akan sangat besyukur sekiranya penyakit yang kita hadapi itu diberikan kesembuhan walau hanya beberapa saat. dan kita mesti menginsafi bahawa sakit juga adalah ujian dari Allah untuk kita menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan, dan bertaubat sebelum terlambat. Semua penyakit yang diturunkan Allah pasti ada penawarnya, maka kita wajib untuk berusaha mendapatkan penawarnya dan sentiasa bertawakkal kepada ALLah.

Sunday, October 4, 2009

Poliklinik An-Nisa' Bandar Putra Permai telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 2008. Dibuka 8.00-11.00pm pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.00am-9.00pm sabtu dan ahad.