Tuesday, November 18, 2014

Sunday, August 24, 2014

Promosi hari kemerdekaan.

Kami perihatin dengan kesihatan anda. Lagi lagi selepas raya yang mana kita belasah semua jenis makanan. Rendang. Lemang ketupat .pulut semuanya kita sapu.minuman manis. Kuih muih tak ketinggalan. Dengan itu kami memberikan diskaun pemeriksaan kesihatan sehingga 40% kepada klien yang dihormati. Sila hubungi kami di talian 03:89458414 untuk keterangan lanjut.

Sunday, May 11, 2014

selamat HAri Ibu

Asslamaulaikum.
Kami mengucapkan selamat hari Ibu dan sakaligus hari Guru.
Ibu adalah orang yang pertama kita kenali, Sejak Dalam rahim lagi kita telah tinggal selama 38 hingga 40 minggu lamanya di dalam rahim. Kita makan dan minum dari nutrisi ibu, aliran darah dan oksigen dari ibu.
Apabila nak keluar melihat dunia pun, kita menyebabkan ibu kita menahan sakit yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. Ada juga yang terpaksa di bedah, memotong kulit perut, memotong lapisan dalam perut, memotong lapisan lapisan rahim untuk mengeluarkan kita demi menyelamatkan nyawa kita.

Apabila kita telah dilahirkan, selamat, sihat dan sempurna, maka segala kesakitan yang dialami telah dilupakan oleh ibu kerana melihat kita selamat dilahirkan. Hari demi hari  kita membesar, dan menjadi orang yang berjaya. setelah kita berjaya apakah sumbangan kita kepada ibu dan ayah kita. pemberian material tak dapat untuk membayar pengorbanan mereka. hanya Kasih sayang dan perhatian sepenuhnya yang boleh mendekati hati mereka.
Selamat Hari Ibu

Friday, May 2, 2014

Selamat labour day kepada warga an-nisa dan mydental care

Salam hari buruh kepada semua warga an nisa dan mydental care. Tanpa anda tiadalah kami. Sekalung tahniah dan ribuan kesyukuran  saya panjatkan kerana anda semua telah memberikan komitmen yang terbaik demi memperjuangkan klinik ini. InsyaAllah pihak syarikat juga akan memberikan yang terbaik dan juga menjaga kebajikan staf yang berada di bawahnya. Semoga kita bersama sama menambah nilai orang lain. "We get rich with helping others".

Wednesday, April 30, 2014

Selamat hari buruh.

Assalamualaikum.
Poliklinik An-Nisa Bandar Putra Permai mengucapakan"Selamat menyambut hari buruh kepada semua rakyat malaysia. Tanpa buruh tiada sektor pekerjaan. Kita semua adalah buruh. Kalau kita bekerja dengan majikan, kita adalah buruh kepada majikan. Kalau kita bekerja sendiri, kita adalah buruh kepada diri kita sendiri.
Sebagai makluman klinik kami ditutup sehari pada 1 mei 2014.

Wednesday, April 2, 2014

Completed new clinic setup

Kami berpengalaman dalam bidang medical dental clinic setup. Masa yang diambil adalah 3 bulan daripada renovation, equipment, kkm registration sehinnga mendapat kelulusan daipada ukaps kkm.

Pusat pergigian mydental care.

Poliklinik an nisa unit pergigian beroperasi dengan 2 dental officer, 3 bilik rawatan, mempunyai kemudahan digital dental imaging dan intra oral xray. Semoga perkhidmatan kami dapat memenuhi dan mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.

Poliklinik an nisa bandar putra permai unit pergigian beroperasi dengan 2 dental officer. kami mempunyai 3 bilik surgery dan kelengkapan intraoral xray dan Digital OPG. dengan kelengkapan yang kami ada dapat memberikan pekhidmatan yang terbaik dan menjadi pusat pergigian yang dapat memenuhi keperluan semasa masyarakat.

Tuesday, March 25, 2014

Klinik 24 jam

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Polikllinik An-Nisa Bandar Putra Permai telah memberikan perkhidmatan klinik 24 jam sejak sebulan yang lalu. Komen daripada klien sangat memberangsangkan kerana memberi kemudahan rawatan 24 jam, mesin heamatology rapid test, Urine For analysis.
Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.