Monday, December 12, 2011

program berkhatan cuti sekolah

Tahniah di ucapkan kepada adik adik yang telah berjaya mengharungi masa masa penting dalam hidup mereka sebelum bergelar dewasa, melalui detik detik yang mendebarkan di masa kanak kanak iaitu proses berkhatan. Poliklinik an-nisa bandar putra permai telah mengadakan program berkhatan beramai ramai di surau abu bakar LEP 5. Seramai 12 peserta telah mengambil bahagian dan diadakan dengan cara tradisi tersendiri untuk meraihkan para peserta. Tahniah juga di ucapkan kepada para ibu bapa yang sangat memberikan galakan dan sokongan kepada anak anak mereka. Program kedua pula telah diadakan di sunway usj 1, bekerjasama dengan Klinik Procare yang diwakili oleh Dr Shahrul. Seramai 18 peserta telah mengambil bahagian. Tahniah juga diucapkan kepada para peserta dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Syabas...Bertemu lagi pada cuti sekolah akan datang.

No comments:

Post a Comment