Tuesday, October 13, 2009
Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana sampai masa ini kita masih diberikan nikmat yang paling berharga, iaitu kesihatan. Hanya orang yang sakit saja yang dapat merasakan dan menyedari betapa berharganya erti sihat. Semasa kita sakit, kita akan sangat besyukur sekiranya penyakit yang kita hadapi itu diberikan kesembuhan walau hanya beberapa saat. dan kita mesti menginsafi bahawa sakit juga adalah ujian dari Allah untuk kita menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan, dan bertaubat sebelum terlambat. Semua penyakit yang diturunkan Allah pasti ada penawarnya, maka kita wajib untuk berusaha mendapatkan penawarnya dan sentiasa bertawakkal kepada ALLah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment