Sunday, May 11, 2014

selamat HAri Ibu

Asslamaulaikum.
Kami mengucapkan selamat hari Ibu dan sakaligus hari Guru.
Ibu adalah orang yang pertama kita kenali, Sejak Dalam rahim lagi kita telah tinggal selama 38 hingga 40 minggu lamanya di dalam rahim. Kita makan dan minum dari nutrisi ibu, aliran darah dan oksigen dari ibu.
Apabila nak keluar melihat dunia pun, kita menyebabkan ibu kita menahan sakit yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. Ada juga yang terpaksa di bedah, memotong kulit perut, memotong lapisan dalam perut, memotong lapisan lapisan rahim untuk mengeluarkan kita demi menyelamatkan nyawa kita.

Apabila kita telah dilahirkan, selamat, sihat dan sempurna, maka segala kesakitan yang dialami telah dilupakan oleh ibu kerana melihat kita selamat dilahirkan. Hari demi hari  kita membesar, dan menjadi orang yang berjaya. setelah kita berjaya apakah sumbangan kita kepada ibu dan ayah kita. pemberian material tak dapat untuk membayar pengorbanan mereka. hanya Kasih sayang dan perhatian sepenuhnya yang boleh mendekati hati mereka.
Selamat Hari Ibu

Friday, May 2, 2014

Selamat labour day kepada warga an-nisa dan mydental care

Salam hari buruh kepada semua warga an nisa dan mydental care. Tanpa anda tiadalah kami. Sekalung tahniah dan ribuan kesyukuran  saya panjatkan kerana anda semua telah memberikan komitmen yang terbaik demi memperjuangkan klinik ini. InsyaAllah pihak syarikat juga akan memberikan yang terbaik dan juga menjaga kebajikan staf yang berada di bawahnya. Semoga kita bersama sama menambah nilai orang lain. "We get rich with helping others".