Saturday, September 21, 2013

Alhamdulillah..

Tiba tiba sebelum subub dapat panggilan daripada adt alarm inform sistem penggera kat klinik berbunyi. Semasa perjalan ke surau untuk solat subuh lalu dihadapan klinik dan hairan kenapa lampu depan dipadamkan. Oh.. mungkin staf lupa hidupkan masa balik kerja. Kemudian dalam pukul 8.30am. Staf call dan bagitau fius meter utama telah dicabut. Tapi masih beruntung sebab fius tersebut tersusun rapi diatas peti surat. Setelah memasang semula fius dan masuk ke dalam klinik didapati tingkap bilik air telah di bongkar. Dan alhamdulillah setelah memeriksa keadaan semua selamat dan tidak ada barang yg hilang. Kemudian mendapat tahu yang sebelah kedai juga telah dipecah masuk pada masa yang sama. Tabik kepada pegawai forensic pdrm sebab cepat melakukan siasatan