Monday, November 18, 2013

Apa program cuti anak anda.

Alhamdulillah. Musim cuti sekolah sudah bermula. Apa program yang kita rancangkan untuk anak2 kita?. Ada yang mengkhatankan anak, kenalah berehat sekurang kurangnya 2 minggu dan kemudian bolehlah pergi bercuti. Ada juga yg menghantar anak ke program kem hafiz yang banyak dijalankan pada masa cuti ini. Feed back daripada beberapa sumber kesannya sangat baik. Pulang dari kem tahfiz tersebut solat 5 waktu dah tak tinggal, dah boleh menghafal surah surah penting dalam al quran. Alhamdulillah.
Selamat bercuti

Saturday, November 16, 2013

Musim cuti sekolah sudah bermula

Musim cuti sekolah dah bermula. Begitu juga bermula musim berkhatan bagi budak lelaki. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah melalui proses daripada kanak2 menjadi remaja.

Saturday, September 21, 2013

Alhamdulillah..

Tiba tiba sebelum subub dapat panggilan daripada adt alarm inform sistem penggera kat klinik berbunyi. Semasa perjalan ke surau untuk solat subuh lalu dihadapan klinik dan hairan kenapa lampu depan dipadamkan. Oh.. mungkin staf lupa hidupkan masa balik kerja. Kemudian dalam pukul 8.30am. Staf call dan bagitau fius meter utama telah dicabut. Tapi masih beruntung sebab fius tersebut tersusun rapi diatas peti surat. Setelah memasang semula fius dan masuk ke dalam klinik didapati tingkap bilik air telah di bongkar. Dan alhamdulillah setelah memeriksa keadaan semua selamat dan tidak ada barang yg hilang. Kemudian mendapat tahu yang sebelah kedai juga telah dipecah masuk pada masa yang sama. Tabik kepada pegawai forensic pdrm sebab cepat melakukan siasatan

Thursday, June 6, 2013

Free health check up.

Dengan sukacita kami memberitahu. Program pemeriksaan kesihatan perubatan dan pergigian akan diadakan pada 23 jun 2013. Bertempat di pasaraya Giant seri kembangan. Antara pemeriksaan yang akan diadakan seperti tekanan darah, bmi, gula, gout, pemeriksaan gigi, dan kaunseling kesihatan. Tujuan program ini untuk memberi kesedaran berkaitan pemeriksaan kesihatan dan penjagaan kesihatan. Jumpa disana...

Friday, May 24, 2013

Selamat hari wesak.

Selamat hari wesak kepada yang merayakannya. Klinik kami tidak ditutup pada hari wesak sebab kami menggantikan dengan raya aidilfitri yang akan datang. Kepada staf berkerja. Selamat bekerja.

Monday, May 6, 2013

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selesai sudah proses pilihanraya di negara kita, tanpa ada kekacauan dan pertumpahan darah. Semoga pihak yang menang akan memikirkan bagaimana untuk memajukan lagi negara ini, menyatupadukan semua rakyat berbilang kaum, menjunjung tinggi agama Islam dan menegakkan undang undang syariat islam, menghapuskan rasuah, memuliakan para ilmuan, para alim ulama dan bukan mengetepikan ulama yang tidak sehaluan dengan dasar kerajaan. Kepada pihak yang tidak memenangi PRU supaya menjadi opposition yang sentiasa positif menegur dasar kerajaan yang tidak memihak kepada rakyat. Hilangkan perasaan perkauman dan kepartian kepada seluruh rakyat melaysia. kita satukan hati untuk menjadi negara yang aman damai dan mempertahankan negara daripada pihak yang cuba memecahbelahkan  keharmonian malaysia.

Thursday, April 11, 2013

Lawatan tadika ke klinik pergigian an nisa.

Kami sedia menerima lawatan kanak kanak tadika setiap bulan. Diharap semoga kami dapat memberikan penerangan berkaitan cara penjagaan gigi. Kami juga cuba menerapkan nilai murni didalam diri kanak2 tersebut supaya stigma klinik gigi yang menakutkan semua orang adalah tidak benar. Kanak kanak tersebut di libatkan dalam simulasi pemeriksaan gigi dan mereka saling bertukar tukar sebagai pesakit dan dr gigi. Diharap juga mereka dapat mempunyai cita cita sebagai dr dentist cilik

Friday, March 22, 2013

Real Smartklamp procedure.
https://www.youtube.com/watch?v=0ZwHUluxzNU

Tuesday, March 19, 2013

lawatan tadika bahtera little caliphs ke klinik pergigian. seramai 45 murid murid tadika telah membuat lawatan ke  tempat kami. mereka sempat di ajar cara memberus gigi dengan betul, simulasi cara pemeriksaan gigi. diharap program lawatan ini dapat bermanfaat kepada semua murid tersebut

Tuesday, March 5, 2013

Operasi sulu

Beberapa hari ini negara kita dikejutkan dengan tragedi berdarah di semporna dan lahad dato. Seramai 100 orang pengikut yang mengakui diri mereka pengikut sultan sulu telah bertapak di lahad dato dan mengklaim semula tanah jajahan kerajaan sultan sulu. Tragedi ini telah mengakibatkan 6 orang pegawai keselamatan terbunuh dan juga pemberontak sulu. Padahal mereka juga mengklaim menegakkan islam, tetapi memaksakan kehendak secara pertumpahan darah. Pada zaman sekarang setiap wilayah negara sudah tertulis sempadan dan wilayah, kenapa masih berangan angan menakluki suatu wilayah dengan peperangan.  Semoga pihak berkuasa dan pegaman keselamatan dapat menjernihkan keadaan dan kita semua dapat hidup dalam aman dan damai.