Poliklinik An-Nisa' Bandar Putra Permai
Monday, November 2, 2015
Friday, September 4, 2015
Scan your baby.
Apa itu ultrasound.
Merupakan mesin yang mempunyai high frequency sound waves (20kHz) di transmisi menggunakan gelombang untuk pemeriksaan tisu dan jaringan badan.
Ada beberapa jenis scan seperti 2D scan, Doppler scan, dan yang terbaru 4D scan.
Saturday, May 30, 2015
Wednesday, April 29, 2015
Happy mothers day
Semua orang di dunia mempunyai ibu. Dan mungkin kita sendiri telah pun menjadi ibu.
Marilah bersama2 kita berbakti, meluangkan masa utk mereka, menjadi anak yang paling bermanfaat utk mereka
Tuesday, November 18, 2014
Sunday, August 24, 2014
Promosi hari kemerdekaan.
Kami perihatin dengan kesihatan anda. Lagi lagi selepas raya yang mana kita belasah semua jenis makanan. Rendang. Lemang ketupat .pulut semuanya kita sapu.minuman manis. Kuih muih tak ketinggalan. Dengan itu kami memberikan diskaun pemeriksaan kesihatan sehingga 40% kepada klien yang dihormati. Sila hubungi kami di talian 03:89458414 untuk keterangan lanjut.
Sunday, May 11, 2014
selamat HAri Ibu
Kami mengucapkan selamat hari Ibu dan sakaligus hari Guru.
Ibu adalah orang yang pertama kita kenali, Sejak Dalam rahim lagi kita telah tinggal selama 38 hingga 40 minggu lamanya di dalam rahim. Kita makan dan minum dari nutrisi ibu, aliran darah dan oksigen dari ibu.
Apabila nak keluar melihat dunia pun, kita menyebabkan ibu kita menahan sakit yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. Ada juga yang terpaksa di bedah, memotong kulit perut, memotong lapisan dalam perut, memotong lapisan lapisan rahim untuk mengeluarkan kita demi menyelamatkan nyawa kita.
Apabila kita telah dilahirkan, selamat, sihat dan sempurna, maka segala kesakitan yang dialami telah dilupakan oleh ibu kerana melihat kita selamat dilahirkan. Hari demi hari kita membesar, dan menjadi orang yang berjaya. setelah kita berjaya apakah sumbangan kita kepada ibu dan ayah kita. pemberian material tak dapat untuk membayar pengorbanan mereka. hanya Kasih sayang dan perhatian sepenuhnya yang boleh mendekati hati mereka.
Selamat Hari Ibu