Monday, April 19, 2010

assalamualaikuM?.syukur kehadrat Allah swt kerana diberikan kesihatan untuk kita dapat menghirup oksigen secara percuma, mendapat udara yang segar tanpa harus membayarnya, melihat keindahan alam ini dengan penuh warna warni pun tanpa membayar satu sen pun. Maka dengan itu, hargailahh pemberiannya yang tidak ternilai harganya. Jalani lah hidup anda dengan cara hidup sihat, tidak merokok, makanan yang seimbang, tidur yang cukup. riadah yang sukup.

Monday, April 5, 2010

assalamuaaikuM
hari ni belanja staff makan kat Restoran Gam Beriyani Johor. Selamat hari jadi semoga panjang umur dimurahkan rezeki. Makan ramai-ramai semoga semua staf rajin rajin bekerja, bersatu hati dan poliklinik An-Nisa bertambah maju. amin

Thursday, March 4, 2010

klinik pergigian akan dibuka

salam 1 malaysia.
Allhadulillah, poliklinik an-nisa BPP akan membuka perkhidmatan untuk rawatan pergigian bermula pada 20 mac ini. Pada awal pembukaan, rawatan pergigian hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad, 9.00am-3.00pm, 7.30pm-10.00pm dan pada hari biasa berdasarkan temujanji.
Poliklinik an-nisa BPP akan membuat pemeriksaan gigi secara percuma selama sebulan sehingga 30 hb april 2010. Diharapkan dengan adanya perkhidmatan akan memudahkan para penduduk yang tinggal berhampiran untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pentingnya menjaga kesihatan gigi. Sekiranya ada pertanyaan dan temujanji boleh menghubungi segera di no tel 03-89458414.

Tuesday, February 16, 2010



Perubahan masa rawatan di Poliklinik An-Nisa Bandar Putra Permai..
Isnin- Jumaat. Buka 9.00am-3.00pm, 7.00pm hingga 11.00pm
Sabtu-Ahad, Cuti am, 9.00am- 5.00pm, 7.00pm- 10.00pm.
Sebarang pertanyaan dan temujanji, sila hubungi 03-89458414.

POLIKLINIK AN-NISA AKAN MEMBUKA PERKHIDMATAN RAWATAN PERGIGIAN YANG AKAN BERMULA PADA MAC 2010. Pada masa sekarang, kerja-kerja pengubahsuaian untuk meletakkan satu dental chair unit telah di buat. Diharapkan dengan adanya rawatan pergigian dapat meningkatkan lagi kualiti dan jenis rawatan yang telah sedia ada.

Thursday, December 17, 2009

Sempena cuti sekolah ini, poliklinik An-nisa Bandar putra Permai telah mengadakan kerjasama dengan 2 buah surau untuk aktiviti berkhatan beramai-ramai. Pada 21 November 2009 seramai 16 orang kanak-kanak telah mengikuti nprogram ini yang diadakan di Surau Al-Munir. Pihak Poliklinik telah memberikan perkhidmatan secara percuma kepada 4 orang kanak-kanak yang dikenalpasti termasuk yang kurang berkemampuan.
Pada 12 Disember pula telah diadakan program Berkhatan di Surau Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dimana terdapat 12 kanak-kanak yang menyertai. Program termasuklah masak secara bergotong royong, perarakan peserta, simbah dengan pam bomba. Apa yang sangat menarik semua peserta tidur bermalam di surau dan semua peserta dikehendaki membawa tilam dan bantal sendiri. Mereka ditemani bersama ibu bapa masing-masing.
Kaedah Berkahatan tersebut menggunakan kaedah Smart Klamp, dimana prosedur ini mudah dan cepat, tidak memerlukan jahitan, pendarahan yang minimal, penjagaan yang mudah dan kosmetik yang kemas.

Thursday, December 3, 2009

Selamat hari Raya Aidil Adha, Maaf zahir & Batin

Assalamualaikum?..
Selamat hari raya aidiladha, maaf zahir dan batin, daripada kami staff poliklinik an-Nisa Bandar putra Permai. Klinik telah ditutup selama 3 hari sempena menyambut hari raya korban pada tahun ni. Kepada adik-adik yang telah melakukan berkhatan di Surau Al-Munir semoga riang ria sentiasa kerana sudah pulih seperti sedia kala dan selamat memasuki alam dewasa.