Thursday, December 17, 2009

Sempena cuti sekolah ini, poliklinik An-nisa Bandar putra Permai telah mengadakan kerjasama dengan 2 buah surau untuk aktiviti berkhatan beramai-ramai. Pada 21 November 2009 seramai 16 orang kanak-kanak telah mengikuti nprogram ini yang diadakan di Surau Al-Munir. Pihak Poliklinik telah memberikan perkhidmatan secara percuma kepada 4 orang kanak-kanak yang dikenalpasti termasuk yang kurang berkemampuan.
Pada 12 Disember pula telah diadakan program Berkhatan di Surau Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dimana terdapat 12 kanak-kanak yang menyertai. Program termasuklah masak secara bergotong royong, perarakan peserta, simbah dengan pam bomba. Apa yang sangat menarik semua peserta tidur bermalam di surau dan semua peserta dikehendaki membawa tilam dan bantal sendiri. Mereka ditemani bersama ibu bapa masing-masing.
Kaedah Berkahatan tersebut menggunakan kaedah Smart Klamp, dimana prosedur ini mudah dan cepat, tidak memerlukan jahitan, pendarahan yang minimal, penjagaan yang mudah dan kosmetik yang kemas.

No comments:

Post a Comment