Saturday, November 5, 2011

Memory wukuf di Arafah 2008

Teringat kembali semasa bertugas sebagai petugas haji di Mekkah pada 2008 masih segar di ingatan. Pada masa ini kita semua mengawasi keadaan para jemaah yang ada dari maktab 72.Pada siang hari, suhu sangat panas, dan pada malam hari suhu nya sangat sejuk. Ada beberapa jemaah yang tiba tiba pingsan tak sedarkan diri. Pada petang hari selepas solat asar sebelum berangkat ke Mina, masing masing jemaah berdoa kerana pada waktu ini adalah doa yang sangat dimakbulkan Allah swt. Saya dapat merasakan syahdunya pada masa itu, kerana semasa saya memanjatkan doa masing-masing dengan tidak semena mena air mata berlinangan, bercucuran dan terasa diri ini sangat dekat denganMu ya Allah. Terasa hati ini ringan dan bersih macam diri ini baru dimandikan dan dibersihkan di Padang Arafah. Walaupun suasana panas terik, tetapi saya dapat merasakan suasana sejuk dan tenang kalau diibaratkan air mata dari manusia-manusia yang berdosa bercucuran membasahi tanah Arafah.Begitu lah keadaan yang dapat saya gambarkan pada petang itu. Semoga Allah menjemputku lagi ke tempat yang penuh berkat ini untuk membersihkan diri dari dosa-dosa yang pernah dilakukan dan tempat untuk memohon keberkatan du dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment