Thursday, June 23, 2011

Orthodontic braces & Dental Implant





Assalamulalaikum.. Poliklinik telah bersedia untuk meningkatkan lagi jenis perkhidmatan rawatan gigi iaitu Orthodontic braces dan dental implan. Klien tidak perlu ragu ragu terhadap doktor yang menjalankan rawatan kerana beliau merupakan pakar-pakar dalam bidang tersebut. Kepada klien yang ingin mengetahui dan ingin mendapatkan rawatan boleh menghubungi pihak poliklinik untuk membuat temujanji dengan pakar untuk pemeriksaan awal sebelum memulakan prosedur rawatan.
Klien boleh berbincang berkaitan rawatan yang terbaik dan harga yang berpatutan.

Friday, May 20, 2011

FOMEMA


Assalamualaikum?. Poliklinik An-Nisa telah di berikan Peluang untuk menawarkan perkhidmatan FOMEMA kepada klien. Kepada sesiapa yang akan membuat pemeriksaan Fomema, pastikan telah mendaftar di pejabat Fomema terlebih dahulu. Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan untuk menentukan tahap kesihatan klien. Pemeriksaan jasmani dan pemeriksaan darah serta urine. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web fomema. www. fomema.com.my

Sunday, April 17, 2011

3D/ 4D Scan






Assalamualaikum?.Salam sejahtera. Poliklinik An-Nisa meningkatkan lagi perkhidmatan yang sesuai dengan perkembangan teknologi terkini dengan menyediakan Ultrasound Scan dengan teknologi 3D/4D kepada klien terutamanya ibu-ibu mengandung.Para ibu bapa akan dapat melihat perkembangan bayi yang dikandung dari masa ke semasa dalam bentuk real time. Sekiranya terdapat pertanyaan atau kemusykilan, temujanji boleh menghubungi langsung ke talian klinik. Klinik memberikan prosmosi istimewa pada bulan ini dengan diskaun 50% daripada harga sebenar.

Monday, March 7, 2011

Saturday, March 5, 2011

Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care






Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care telah dibuka pada januari 2011 setiap hari. Perkhidmatan yang disediakan seperti cabutan, tampalan, crown & bridge,denture/gigi palsu, polishing whitening, scalling.Klinik juga menyediakan ruang menunggu, dan bilik rawatan yang selesa untuk para pelanggan.

Dental Checkup Dentist kecil

Lawatan Tadika Bistari Ceria





Lawatan kanak-kanak Tadika Bistari Ceria ke Klinik Pergigian An-Nisa pada 3 mac 2011. Para peajar didedahkan pengetahuan berkaitan penjagaan gigi dan cara memberus gigi dengan betul. Mereka juga diajarkan cara cara pemeriksaan gigi di klinik untuk menarik minat mereka yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi kelak. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar.