Monday, March 7, 2011

Saturday, March 5, 2011

Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care






Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care telah dibuka pada januari 2011 setiap hari. Perkhidmatan yang disediakan seperti cabutan, tampalan, crown & bridge,denture/gigi palsu, polishing whitening, scalling.Klinik juga menyediakan ruang menunggu, dan bilik rawatan yang selesa untuk para pelanggan.

Dental Checkup Dentist kecil

Lawatan Tadika Bistari Ceria





Lawatan kanak-kanak Tadika Bistari Ceria ke Klinik Pergigian An-Nisa pada 3 mac 2011. Para peajar didedahkan pengetahuan berkaitan penjagaan gigi dan cara memberus gigi dengan betul. Mereka juga diajarkan cara cara pemeriksaan gigi di klinik untuk menarik minat mereka yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi kelak. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

Wednesday, November 24, 2010






Klinik Pergigian An-nisa akan mula beroperasi di tingkat atas bermula 1 januari 2011. Menyediakan tempat menunggu yang selesa, keadaan dalaman yang tenang dan dapat membuat klien merasa tenang dalam menjalani rawatan pergigian.
Poliklinik An-nisa membuka pendaftaran untuk berkhatan kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti. Teknik berkhatan terkini yang menggunakan klamp sangat efektif dan efisien disamping sangat mudah untuk penjagaan selepas berkhatan. Sila hubungi klinik untuk temujanji.

Monday, April 19, 2010


Poliklinik An-Nisa; Unit pergigian. Selama lebih kurang sebulan unit pergigian telah berjalan, Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan, walaupun untuk sementara ini hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja. Banyak kes-kes yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan gigi seperti tampalan, crown bridge, ada juga permintaan untuk prosedur implan.